HOLLA BLOGGERS ! Sila Tinggalkan Jejak Di Kotak Comel Tuh Yea . LOVE YOU MORE LHAA ◕‿◕Dashboard / Follow

Wednesday, February 13, 2013

Berharap Dia Jodohku :)

Ya Allah
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi..

Tititpkanlah kebahagiaan
Ya Allah , ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana kau tahu segala isi hatiku..

Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharalah diriku daripada kekecewaan..

Ya Allah
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya ke dada langit
Agar ku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya..

Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi..

Ya Allah
Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini..

Ya Allah, andai dia jodohku, jangan pernah kurangkan rasa sayang akuu padanya. Sesungguhnya aku amat meyayanginya. Amin :)